Versi Bahasa Melayu di bawah

PRESS STATEMENT

Sydney, 20 June 2023– On World Refugee Day, the Office of Children Commissioner (OCC) and the End Child Detention Network (ECDN) join hands to urge the Malaysian government to take immediate action towards ending the detention of children in immigration facilities and implementing effective Alternatives to Detention (ATD).

It is deeply concerning that as of 15 May, 11,068 people including 969 children, including refugee children, are held in immigration detention in Malaysia. These children have fled violence, conflict, and persecution in their home countries, seeking safety and protection in our nation. It is our moral obligation to ensure their well-being and safeguard their rights.

We call upon the Malaysian government to embark on the following crucial steps:

  1. Begin releasing children from immigration detention into an Alternative to Detention (ATD) program, and ensure the inclusion of all children, regardless of their migration status.                   
  2. Ensure that ATD projects are implemented in good faith to achieve its primary objective, which is to resolve the issue of arrest and detention of children.
  3. Urgently present the working paper on shifting children out of immigration detention depots in Cabinet, a vital document currently being developed by the Home Ministry.
  4. Develop a comprehensive legal framework for refugees that grants them legal status and access to employment, health services, education, and social, and public benefits. This framework is crucial in protecting refugee children and building an environment for their healthy development.
  5. Grant United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) unrestricted access to immigration detention centres. This will allow for the continued registration of persons of concern and the subsequent release of all individuals registered with UNHCR, facilitating their integration into the community.
  6. Take immediate steps to enact legal and policy changes to halt the immigration detention of children, including all refugee and asylum-seeking children. 
  7. Conduct a comprehensive review of immigration detention policies and practices to ensure they align with international legal and human rights standards. This review is imperative to safeguard the rights and well-being of all individuals at risk of immigration detention, particularly children.

By taking these significant steps, Malaysia will not only fulfil its international obligations but demonstrate its commitment to protecting the rights and dignity of every child, regardless of their migration status. We firmly believe that these measures will bring us closer to a society that respects human rights, embraces diversity, and upholds the principles of compassion and justice.

As OCC and ECDN, we stand ready to collaborate with the Malaysian government and other stakeholders to develop and implement effective ATD solutions that prioritise the best interests of all children in Malaysia, including refugee and asylum-seeking children.

Together, let us work towards a future where no child is subjected to the harmful impacts of immigration detention, and where every child can thrive and realise their full potential.

About OCC: The Office of Children’s Commissioner (OCC) is an independent office within the Human Rights Commission of Malaysia, tasked with promoting and protecting the human rights of all children in Malaysia.

About ECDN: The End Child Detention Network is a coalition of 21 civil society organisations and individuals working to ensure that no child is detained in Malaysia due to their immigration status.

For more information, please contact: Hannah Jambunathan – End Child Detention Network (ECDN) Coordinator & Asia Pacific Programme Officer, International Detention Coalition, [email protected]

 

KENYATAAN MEDIA

OCC dan ECDN Menyeru Kerajaan Malaysia untuk Membebaskan Kanak-kanak daripada Tahanan Imigresen dan Melaksanakan Alternatif kepada Penahanan 

Sydney, 20 Jun 2023– Pada Hari Pelarian Sedunia, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) dan Rangkaian Penghapusan Tahanan Kanak-Kanak Malaysia (End Child Detention Network – ECDN) berganding bahu untuk menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera ke arah menamatkan penahanan kanak-kanak di depot imigresen dan melaksanakan Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang berkesan.

Angka yang membimbangkan setakat 15 Mei 2023 iaitu sebanyak 11,068 individu termasuk 969 kanak-kanak, termasuk kanak-kanak pelarian ditahan dalam tahanan imigresen di Malaysia. Kanak-kanak ini telah melarikan daripada keganasan, konflik, dan penindasan di negara asal mereka, dan mencari keselamatan dan perlindungan di negara kita. Adalah menjadi kewajipan moral kita untuk memastikan kesejahteraan mereka dan menjaga hak mereka. 

Kami menyeru Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan langkah penting seperti berikut: 

  1. Memulakan proses untuk mengeluarkan kanak-kanak dari tahanan imigresen kepada program Alternatif kepada Penahanan (ATD), dan memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira status migrasi mereka dimasukkan ke dalam program tersebut.
  2. Memastikan bahawa program ATD dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai objektif utamanya, iaitu menyelesaikan isu penangkapan dan penahanan kanak-kanak.
  3. Membentangkan dengan segera di Kabinet kertas kerja berhubung pemindahan keluar kanak-kanak dari depot tahanan imigresen, yang merupakan dokumen penting yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
  4. Membangunkan sebuah rangka kerja undang-undang yang komprehensif bagi pelarian untuk memberikan pelarian status sah dari segi undang-undang dan akses kepada pekerjaan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan faedah sosial dan awam. Rangka kerja ini penting dalam melindungi kanak-kanak pelarian dan membina satu persekitaran yang menyokong perkembangan mereka dengan sihat.
  5. Memberikan akses tanpa had kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) untuk masuk ke pusat tahanan imigresen. Hal ini akan membolehkan pendaftaran berterusan individu yang terkesan dan pembebasan seterusnya semua individu yang berdaftar dengan UNHCR, yang akan memudahkan integrasi mereka ke dalam komuniti.
  6. Mengambil tindakan segera untuk menggubal pindaan undang-undang dan polisi untuk menghentikan penahanan imigresen terhadap kanak-kanak, termasuk semua kanak-kanak pelarian dan pencari suaka. 
  7. Menjalankan semakan menyeluruh ke atas polisi dan amalan penahanan imigresen untuk memastikan perkara tersebut sejajar dengan piawaian undang-undang dan hak asasi manusia antarabangsa. Semakan ini adalah penting untuk melindungi hak dan kesejahteraan semua individu yang berisiko ditahan imigresen, terutamanya kanak-kanak.

Dengan mengambil langkah penting ini, Malaysia bukan sahaja akan memenuhi kewajipan antarabangsa Malaysia, tetapi juga menunjukkan komitmen Malaysia untuk melindungi hak dan maruah setiap kanak-kanak, tanpa mengira status migrasi mereka. Kami amat percaya bahawa langkah-langkah ini dapat membawa kita menjadi negara yang menghormati hak asasi manusia, menerima kepelbagaian, dan menegakkan prinsip belas kasihan dan keadilan. 

OCC dan ECDN bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan yang lain untuk membangunkan dan melaksanakan penyelesaian ATD yang berkesan, yang mengutamakan kepentingan terbaik semua kanak-kanak di Malaysia, termasuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka. 

Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah masa depan yang tiada kanak-kanak terdedah kepada akibat buruk daripada penahanan imigresen, serta semua kanak-kanak boleh berkembang maju dan merealisasikan potensi penuh mereka.

Mengenai OCC: Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak merupakan sebuah pejabat bebas di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang bertanggungjawab dalam mempromosi dan melindungi hak asasi kanak-kanak di Malaysia. 

Mengenai ECDN: Rangkaian Penghapusan Tahanan Kanak-Kanak Malaysia (ECDN) adalah gabungan 21 organisasi masyarakat sivil dan individu yang bekerja secara kolektif untuk memastikan tiada kanak-kanak ditahan di Malaysia kerana status imigresen mereka. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Hannah Jambunathan – Koordinator, Rangkaian Penghapusan Tahanan Kanak-Kanak Malaysia (ECDN) & Pegawai Program Asia Pacific, International Detention Coalition, [email protected]